Tuesday, July 29, 2008

what a finale~

bila saat diperlukan...ahaha..am i drama queening? weks..

sin,dar&ela berakhir dengan bukan yang aku mau. mana tidaknya, aku yang pro-hussin..tentulah mahukan akhiran yang pro-hussin kan? ahaha. tp tidak mengapa tengku hussin, aku ada ni..silalah ke rumah..ahahaha. oklah, salut kepada pengarah dan pembikin cerita..walaupun bukan akhiran yang tipikal..penuh dengan simpulan yang terungkai ataupun akhiran cerita yang menjurus kepada cerita baru, mungkin? biarlah waktu memberitahu.

oh, hari minggu ku berlalu dengan agak lancar. sabtu bersiap untuk kenduri, dengan aku bermain anak saudara nabil dan akhirnya berjaya membuat roti jala tanpa sengaja. rancangan ku untuk menonton tertunda, kerana semuanya mau bantu mak, kononnya.

ahad, menonton "x-files: i want to believe". dan berjaya tonton "the dark knight" sebelah malamnya. dan membeli belah agak hebatnya. kasut untuk raya satu, kasut untuk majlis adik satu dan satu kasut kerja berwarna hitam (lagi!). oh, baju juga.

isnin, pergi beli tiket bas..sambil singgah ke tabung haji dan pejabat pos. tersesat ke kedai kain semasa tunggu bapak habiskan urusan di pejabat bos, dan membeli baju kurung. lalala..baik hentikan penceritaan pembelian nie..haha. petangnya, kembali ke kuala lumpur dengan barang yang agak banyak. lelah setibanya sampai rumah dan seperti penceritaan teman serumah..kucing2 ku yg 2 ekor tu memecahkan cawan berisi perkakas dapur. marah sungguh saya sebentar dan sememangnya mereka akan, telah dan sedang didenda. :D

selasa pula, pergi kerja dengan perasaan malas sedikit, tapi hidup mesti terus. hati kena tabah juga.. dan kene bersungguh lagi. nampaknya, masih banyak kelemahan perlu diperbaiki.

pedulikan mereka yang tidak sepatutnya. aku penentu nasib sendiri.

cinta tak semestinya bersatu, betul kan teman serumah? huhu

4 comments:

Anonymous said...

banyak gileeee shopping. gile tak puas ati nih. kata tade duit... haiyahhh~!!!

Anonymous said...

:D:D tuh la..i should refrain myself from shopping malls!

Anonymous said...

tu tak termasuk the trip to ikea last saturday, hahahahahaa!~

Anonymous said...

oops, cik fila..rahsia la~ ahaha!