datangnya dalam pelbagai cara, lambat selambat-lambatnya, cepat secepat-cepatnya, senang, susah, mudah, seksa, sakit, payah, muda, tua..ianya pasti berbeza untuk setiap orang.
aku..tak tahu bagaimana aku akan mati kelak. mungkin esok, lusa, tulat..atau entah lah. tak terfikir lagi. tapi memang mati itu benar. sudah tertakluk dalam qada' dan qadar ku. jadi, jika masanya telah tiba..apa yang aku harap, aku gembira dan bahagia dengan hidup yang ditempuh, aku telah bahagiakan mak dan bapak, hutang sudah habis terbayar..dan jika aku ditakdirkan berkeluarga, zuriatku diharap menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat.
satu ingatan pada diri sendiri. :)
No comments:
Post a Comment