Wednesday, February 21, 2007

hari ini hari rabu.

Inilah dia hari yang dinantikan. Haha. Tiada apa-apa pun, cumanya melayan lagu-lagu di komputer peribadi Fila. Manalah dia ni? Tidak kembali lagi. Saya mahu tonton filem. Filem lakonan En Jude Law, salah seorang lelaki yang saya minati. "The Holiday", cerita mengisahkan 2 orang wanita menukar tempat tinggal mereka dengan niat untuk tukar angin. Sebenarnya, saya sendiri pun tidak tahu. Cuma mahu menonton sahaja. Baiklah, saya patut seterika baju untuk kerja esok. Masalahnya, saya sangat keliru untuk pakai baju apa. Saya patut cuba lebih baik lagi. Selamat tinggal.

Nota: Saya tidak sabar untuk ke Bali. :)

No comments: